Tuesday, March 20, 2012

undang-undang siber

Undang-undang siber menerangkan mengenai isu-isu undang-undang berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat antara rangkaian. Ia merupakan bidang undang-undang yang kurang ketara berbanding hartanah dan kontrak, disebabkan ia adalah satu domain yang merangkumi banyak kawasan undang-undang dan regulasi. Sesetengah topik penting mengenai undang-undang siber adalah hak cipta,privasikebebasan bersuara dan bidang kuasa.

[sunting]Bidang kuasa dan kedaulatan

Isu-isu mengenai bidang kuasa dan kedaulatan telah menjadi penting dalam era Internet kini. Internet tidak menjadikan sempadan geografi dan bidang kuasa jelas, tetapi pengguna Internet masih ada di kawasan bidang kuasa secara fizikal dan tertahluk pada undang-undang yang bebas daripada kedudukan mereka di Internet.[1] Dengan itu, satu urusniaga boleh merangkumi undang-undang sekurang-kurangnya tiga bidang kuasa: 1) undang-undang di mana pengguna menetap, 2) undang-undang yang beraplikasi pada mana hos server terletak, dan 3) undang-undang negara yang beraplikasi pada orang atau perniagaan yang mana urusniaga telah menjadi. Maka satu pengguna di Malaysia yang membuat urusniaga dengan pengguna lain di Jepun melalui satu server di Hong Kong boleh secara teorinya tertahluk pada undang-undang ketiga-tiga negara ini sebagaimana mereka merujuk kepada urusniaga yang dilakukan.
Bidang kuasa adalah aspek kedaulatan dan ia merujuk kepada kebolehan kehakiman, perundangan dan pentadbiran. Meskipun bidang kuasa adakah satu aspek kedaulatan, ia tidak wujud secara bersama dengannya. Undang-undang satu negara boleh mendapat impak melanjutkan bidang kuasa melepasi batas kawasan kedaulatan dan kesempadanan negara berkenaan. Ini ternyata bermasalah kerana medium Internet tidak secara terang mengiktiraf kedaulatan dan batasan kawasan. Tiada undang-undang bidang kuasa yang seragam dan mempunyai pengaplikasian sejagat, dan soalan-soalan berkenaan adalah secara amnya satu hal konflik undang-undang, iaitu undang-undang antarabangsa khusus. Satu contoh merupakan adalah sah di satu negara dan menyalahi undang-undang di negara lain. Dalam ketiadaan satu kanun bidang kuasa sejagat, pengamal undang-undang terpaksa berdepan dengan isu konflik undang-undang.
Satu lagi masalah yang wujud berkenaan undang-undang siber adalah sama ada hendak menanggap Internet senagai satu ruangan kosong fizikal (dan secara langsung tertahluk kepada bidang kuasa kawasan) atau untuk menilai Internet sebagai satu dunia dengan sendirinya (dan bebas daripada sebarang sekatan begitu). Mereka yang menyokong pendapat yang keduanya itu berpendapat bahawa kerajaan harus membiarkan komuniti Internet untuk mengawal dirinya sendiri. John Perry Barlow, umpamanya, telah berbicara di hadapan kerajaan-kerajaan dunia dan menyatakan "Apabila terdapatnya konflik sebenar, dan kesalahan sebenar, kami akan mengenalpasi mereka dan menguruskan mereka dengan cara yang ada. Kami membentuk Kontrak Sosial kami sendiri. Kerajaan ini akan dimulai mengikut keadaan dunia kami, bukan dunia anda. Dunia kami berlainan" (Barlow, A Declaration of the Independence of Cyberspace [1]).
Satu alternatif yang lebih moderat adalah Peristiharan Pemisahan Siber: "Manusia mempunyai minda, yang mereka bebas untuk guna tanpa sekatan-sekatan undang-undang. Tamadun manusia sedang membangun minda (terkumpul) nya. Apa yang kami mahu adalah kebebasan untuk mendudukinya tanpa sekatan undang-undang. Oleh sebab anda memastikan bahawa kami tidak boleh mengapa-apakan anda, anda tidak mempunyai hak moral untuk mencampuri kehidupan kami. Jadi hentikan masuk campur!" [2]. Pengamal lainnya pula berhujah untuk kompromi antara kedua-dua usulan itu, seperti hujah Lawrence Lessig yang menyatakan bahawa "Masalah undang-undang adalah untuk mencari bagaimana norma kedua-dua komuniti beraplikasi kerana subjek yang mana ianya beraplikasi berada di kedua-dua tempat pada masa yang sama" (Lessig, Code 190).
Walaupun kedengaran menarik, inisiatif-inisiatif pemisahan siber membuat impak yang sedikit pada undang-undang negara di mana pengguna mengakses Internet. Dalam kata praktikal, pengguna Internet tertahluk kepada undang-undang negara di mana dia mengaksesnya. Maka, di A.S., Jake Baker didakwa kerana e-conduct (e-kelakuan)nya, (lihat kebebasan bersuara), dan pengguna-pengguna yang menggunakan perisian perkongsian perisian disaman kerana melanggar hak cipta. Sistem sebegini berkonflik hanya apabila saman-saman seperti ini bersifat antarabangsa. Secara mudah, perlakuan sah di satu negara mungkin tidak sah di negara lain. Piawaian berbeza mengenaibeban pembuktian dalam satu kes sivil boleh menyebabkan masalah-masalah bidang kuasa. Umpamanya, satu selebriti Amerika yang difitnah di alam maya mungkin susah untuk menyaman pada dunia nyata di negaranya sendiri, tetapi sekiranya selebriti yang berkenaan punyai hubungan ekonomi atau lainnya dengan England, dia boleh menyaman di Britain, di mana piawaian membuktikan fitnah jauh lebih rendah.

No comments:

Post a Comment